Wednesday, 28 February 2018

PENYAKIT KENCING MANIS



Apa Itu Penyakit Kencing Manis


Penyakit kencing manis atau dalam istilah lainnya ialah Diabetes Mellitus. Penyakit kencing manis ini adalah salah satu penyakit yang boleh meragut nyawa paling utama di Malaysia. Penyakit kencing manis ini adalah suatu penyakit yang membuatkan metabolisme tubuh terganggu kerana jumlah glukosa darah terlalu tinggi dalam badan akibat kesan dari kegagalan fungsi pankreas. Terdapat dua jenis penyakit kencing manis ini iaitu Jenis 1 dan Jenis 2. Dua jenis penyakit kencing manis ini berbeza-beza keadaannya namun kedua-duanya sangat serius dan jika tidak dirawat akan memberi pelbagai komplikasi pada kesihatan yang lain.


Jenis-Jenis Kencing Manis 



 Jenis 1 ( Kering )


- Kencing manis jenis 1 ini adalah keadaan glukosa meningkat dengan cepat kerana pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang baik dan telah menyebabkan sel-sel yang menghasilkan insulin ini diserang atau dimusnahkan.
 

                         


Jenis 2 ( Basah ) 

- Kencing manis basah atau jenis 2 ini terjadi kerana glukosa dalam darah terbina yang menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin dalam badan itu sendiri tidak berfungsi dengan baik.


Kencing Manis ketika Mengandung 


Kebiasaan wanita yang mengandung tidak menghidapi penyakit kencing manis ini sebelum kehamilan mereka. Namun biasanya diagnosis melalui ujian darah akan dilakukan pada minggu ke 24 atau minggu ke 28 kehamilan untuk mengenalpasti jika seseorang wanita itu berisiko untuk menghadapi penyakit kencing manis ini. Walaubagaimanapun, wanita yang menghidapi kencing manis ketika hamil ini akan hilang selepas melahirkan anak. Tetapi pada sesetengah wanita yang lain akan kekal dengan penyakit kencing manis jenis 2 selepas melahirkan anak,.


Faktor-faktor Penyebab Penyakit Kencing Manis
  1. Mempunyai berat badan yang berlebihan 
  2. Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
  3. Gemar mengambil makanan yang berlemak dan tidak sihat
  4. Faktor umur yang meningkat
  5. Faktor keturunan

Cara Menentukan Penyakit Kencing Manis



Melalui pemeriksaan bacaan gula dalam darah doktor boleh mengetahui samada seseorang individu itu menghidapi penyakit kencing manis atau tidak.


  1. Melalui Ujian HBA1C

    - Kurang daripada 5.7 % keadaan normal
    - Antara 5.7 % dan 5.99 % menghidapi prediabetes
    - Sekurang-kurangnya 6.5 % menghidapi diabetes-
  2.  Melalui Ujian Paras Glukosa Berpuasa

    - Kurang daripada 5.6 mmol/L ( atau 100 mg/dl ) keadaan normal
    - Antara 5.6 dan 7 mmol/L ( atau 100 dan 125.99 mg/dl ) menghidapi prediabetes
    - Sekurang-kurangnya 7 mmol/L ( atau 126 mg/dl ) menghidapi diabetes

  3.  Melalui Ujian Toleransi Glukosa

    - Kurang daripada 7.8 mmol/L ( atau 140 mg/dl ) keadaan normal
    - Antara 7.8 dan 11.1 mmol/L ( atau 140 dan 199.9 mg/dl ) menghidapi prediabetes
    - Sekurang-kurangnya 11.1 mmol/L ( atau 200 mg/dl ) menghidapi diabetes

Tanda-Tanda Menghidapi Penyakit Kencing Manis


  1. Sentiasa merasa dahaga dan kerap kencing

    - Glukosa yang lebih dalam saluran darah telah menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk memprosesnya. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap kencing pada waktu malam. Jadi kesan dari itu seseorang individu itu akan sering merasa dahaga.
     

  2. Kerap merasa lapar
    - Pesakit kencing manis akan sering berasa lapar. Hal ini kerana glukosa tidak dapat diproses  kerana tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas tehadap insulin di dalam badan seperti biasa. Kesan dari itu tahap gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba dan badan akan memberi isyarat lapar kepada pesakit dan menganggap pesakit memerlukan lebih lagi glukosa untuk badan berfungsi.
  3. Berat badan turun secara drastik

    - Penurunan berat badan secara drastik ini berlaku disebabkan kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga. Kesan dari itu ia telah menyebabkan glukosa mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga dan seterusnya menyebabkan badan menjadi susut.

    .
  4. Sering terasa kebas pada bahagian tangan dan kaki

    - Keadaan ini berlaku kerana glukosa telah memberi kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah di dalam badan. Hal ini telah menyebabkan darah tidak dapat sampai pada hujung saraf anggota badan. Kesan dari itu pesakit akan sering merasa kebas pada tangan dan kaki mereka.


                                    
  5. Penglihatan mata menjadi kabur

    - Keadaan ini terjadi bukan terjadi disebabkan rabun sahaja. Kandungan gula yang tinggi telah menyebabkan perubahan bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan mata menjadi kabur dan tidak jelas. Penyakit mata yang lain juga boleh terjadi dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan pesakit menjadi buta.

                           
  6. Luka pada anggota badan lambat baik

    - Pesakit kencing manis tidak akan merasai sakit pada luka yang dialami mereka. Hal ini kerana gula yang berlebihan dalam darah telah menyebabkan sistem saluran darah menjadi rosak. Kesan dari itu luka pada anggota badan pesakit akan lambat sembuh kerana darah tidak dapat disampaikan pada anggota badan tersebut. Disebabkan luka-luka itu lambat sembuh ia boleh menjadi semakin teruk dan membusuk. Akibat dari itu cara terakhir untuk menyembuhkannya ialah dengan memotong anggota badan tersebut.


Komplikasi dari Penyakit Kencing Manis 
  1. Menghidapi Penyakit Jantung
    - Risiko dan peluang untuk mendapat penyakit jantung dan strok dari penyakit kencing manis ini sangat besar. Hal ini kerana  kesan dari tidak menjaga paras glukosa dalam darah telah menyebabkan masalah saluran darah berlaku dan mengakibatkan tanda-tanda penyakit jantung berlaku seperti kejang kaki, perubahan warna kulit dan rasa kebas.

  2. Mengalami Masalah-Masalah Berkaitan Mata
    - Penyakit kencing manis ini adalah faktor utama yang membolehkan masalah hilang penglihatan secara tiba-tiba dalam kalangan orang dewasa. Selain itu ia juga boleh menyebabkan pesakit mendapat penyakit mata yang serius seperti glaukoma,katarak, retinopati diabetik dan penyakit mata yang lain.

  3. Menghidapi Penyakit Buah Pinggang

    - Kesan dari penyakit kencing manis ini telah menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik. Tanda awal penyakit buah pinggang ini sebenarnya berkaitan dengan kencing manis. Pada peringkat akhir penyakit ini ia boleh menyebabkan tangan dan kaki pesakit menjadi bengkak.
  4. Menghidapi Penyakit Saraf

    -
    Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan sistem saraf menjadi rosak apabila dibiarkan terlalu lama. Neuropati periferal akan menyebabkan pesakit merasa sakit dan hilang deria rasa di jari kaki dan boleh merebak ke anggota badan yang lain. Manakala Neuropati autonomi pula terjadi daripada kerosakan saraf yang mengawal organ-organ dalaman pesakit. Kesan dari itu pesakit akan mengalami masalah pencernaan, masalah seksual, masalah pundi kencing dan kerap pening dan mudah pengsan.
  5. Mempunyai masalah berkaitan Gigi

    - Mempunyai penyakit kencing manis boleh menyebabkan risiko mendapat penyakit gusi. Kebiasaannya gusi akan menjadi bengkak, merah dan mudah berdarah.
Cara Mengatasi Penyakit Kencing Manis

  1. Selalu melakukan senaman  


  2. Mengamalkan cara pemakanan yang betul

                                 
  3. Tidak merokok dan jauhkan dari minuman beralkohol


                                   
  4. Mengawal dan menjaga kolestrol



                                            
                 
  5. Berusaha menurunkan berat badan

                                                 
  6. Mengurangkan tekanan darah tinggi
           
                                     



    Ini adalah sedikit info tentang penyakit kencing manis dan cara mengatasinya . Semoga memberi manfaat kepada korang smua ye...terima kasih membaca !! 😉😉



    HydroNano Life Spray adalah produk yang dihasilkan daripada trace mineral , induced energy dan  infrared  yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan. 

    Dirumus khas untuk merawat pelbagai penyakit dan penyakit kencing manis. Diasaskan menggunakan teknologi nano yang berfungsi :

    ➤Membantu meningkatkan metabolism dan sistem imun (tubuh badan),
    ➤Meningkatkan kandungan oksigen(air,tubuh badan,otak dan udara) 
    ➤Meneutralkan toksik(darah,asid,udara). Kesan keberkesanan produk ini dapat diserap dengan lebih cepat . 

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HydroNano Life Spray ini boleh klik link wasap di bawah ↡↡
                                         
       
    ASHIKIN
    Pengedar Sah HydroNano

    http://wasap.my/+60103400669

No comments:

Post a Comment

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Itu Penyakit Kencing Manis Penyakit kencing manis atau dalam istilah lainnya ialah Diabetes Mellitus . Penyakit kencing manis ini a...