Tuesday, 20 February 2018

RABUN DEKAT



Maksud Rabun Dekat

Rabun dekat atau hiperopia adalah gangguan pada mata yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk melihat objek dekat dengan lebih jelas dan pandangan akan kelihatan kabur seperti ketika membaca buku atau ketika menggunakan telefon mudah alih. Namun ketika melihat objek yang lebih jauh akan lebih jelas kelihatan. Rabun dekat ini terjadi apabila mata tidak dapat fokus atau tumpuan pada cahaya yang masuk pada belakang mata.

                      
pandangan mata rabun dekat 



Tanda-Tanda Rabun Dekat


  1. Sukar melihat untuk objek yang dekat tetapi jelas ketika melihat objek jauh.
  2. Mata menjadi letih selepas membaca buku atau melihat komputer secara dekat.
  3. Kerap sakit kepala.
  4. Gatal pada mata dan terasa panas.
  5. Sukar membaca pada jarak yang dekat.
  6. Perlu mergerdipkan mata untuk melihat.


Faktor Penyebab Rabun Dekat 
  1. Faktor keturunan keluarga
    -Kebanyakkan pesakit yang menghidapi rabun dekat ini mewarisi daripada orang tua ataupun keluarga.

  2. Faktor umur

    -Kebiasaan orang yang menghidapi masalah rabun dekat ini berlaku pada usia dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Hal ini berlaku disebabkan kurangnya fungsi saraf dan otot pada mata pesakit seiiring dengan peningkatan umur. Namun kanak-kanak juga boleh mengalami masalah rabun dekat ini.
  3. Menghidapi ketumbuhan di mata
    -Bagi pesakit yang menghidapi masalah ketumbuhan di mata ia akan memberi kesan pada pandangan pesakit seperti rabun dekat ini.

  4. Penyakit kencing manis

    -Kesan dari penyakit kencing manis ini boleh mengakibatkan rabun dekat. Hal ini berlaku akibat peningkatan kadar gula dalam darah yang memberi kesan pada retina mata.
  5. Keadaan mata terlalu pendek dan kornea mata kurang melengkung

    -Pesakit rabun dekat ini memiliki bentuk kornea yang kurang melengkung atau bola mata yang terlalu pendek. Keadaan ini menyebabkan cahaya tidak dapat difokuskan ke dalam retina tetapi difokuskan ke belakang retina

Kesan Rabun Dekat 

  1. Mata menjadi malas

    - Pesakit rabun dekat ini akan mengalami gangguan visual atau kurang peka ketika melihat. Pesakit ini biasanya sukar untuk melihat imej tiga dimensi namun pergerakan masih normal.


  2. Mata menjadi juling
    - Keadaan ini akan mengakibatkan pesakit rabun dekat ini tidak dapat melihat dengan sempurna. Kebanyakkan keadaan ini berlaku pada kanak-kanak. Oleh itu jika tidak dirawat dengan segera ia boleh mengakibatkan penglihatan menjadi kabur yang berkekalan.
  3. Kualiti hidup

    - Jika rabun dekat ini tidak dirawat ia akan memberi kesan kepada kehidupan seperti sukar untuk memandu kenderaan, membaca dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Bagi kanak-kanak pula mereka mungkin sukar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran.

  4. Mata menjadi letih

    - Rabun dekat ini menyukarkan seseorang itu untuk melihat secara dekat. Oleh itu ia akan menyebabkan mata letih kerana sering berkedip-kedip untuk memberi fokus untuk melihat. Jika tidak dirawat dengan segera masalah sakit kepala juga akan terjadi.
Cara Mengatasi Masalah Rabun Dekat

  1. Selalu melakukan pemeriksaan mata 





  2. Mengambil makanan yang mengandungi nutrien yang baik




  3. Tidak merokok

  4. Jauhkan mata dari cahaya yang terang

  5. Memakai cermin mata yang sesuai

  6. Mengenal masalah-masalah pada mata 


    Ini adalah maklumat tentang masalah rabun dekat. Semoga memberi manfaat kepada korang ye.. Terima kasih membaca !
    !  ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


                             

    HydroNano Life Spray adalah semburan penawar derita yang boleh mengatasi masalah rabun dekat ini. Diasaskan dari trace mineral, induced energy dan infrared yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan.


    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HydroNano Life Spray ini boleh klik link wasap di bawah โ†กโ†ก

                                

    ASHIKIN
    Pengedar Sah HydroNano 

    http://wasap.my/+60103400669


    #Kawasan COD : Sekitar Shah Alam

    Penghantaran Pos City link sekitar Malaysia

    TERIMA KASIH ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

No comments:

Post a Comment

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Itu Penyakit Kencing Manis Penyakit kencing manis atau dalam istilah lainnya ialah Diabetes Mellitus . Penyakit kencing manis ini a...