Rabun jauh juga digelar sebagai myopia. Rabun jauh ini adalah gangguan pada mata yang menyukarkan seseorang individu itu untuk melihat pada jarak yang jauh.
Namun objek yang dekat akan lebih jelas kelihatan. Hal ini kerana cahaya telah masuk terus di hadapan retina mata dan menyebabkan mata menjadi fokus lalu objek yang jauh menjadi kabur.Rabun jauh juga boleh terjadi disebabkan kornea mata yang terlalu melengkung dan bola mata yang terlalu panjang. Oleh itu, tahap penglihatan rabun jauh ini berbeza-beza mengikut setiap individu.

Tanda-Tanda Rabun Jauh
- Sukar untuk melihat objek dari jarak jauh tetapi jelas ketika melihat objek yang dekat.
- Kerap mengalami sakit kepala.
- Perlu mengecilkan mata ketika melihat objek yang jauh.
- Mata menjadi berair secara kerap
- Kerap menggosok mata kerana tidak dapat melihat dengan jelas
- Mata sering berkedip-kedip.
Faktor Penyebab Rabun Jauh
- Faktor keturunan
- Mengikut kajian yang dijalankan kebanyakkan pesakit yang menghidapi rabun jauh ini mewarisi daripada orang tua ataupun keluarga berbanding keluarga yang tidak menghidapi rabun jauh ini.
- Melakukan aktiviti memerlukan mata melihat terlalu dekat
- Sering melakukan aktiviti pada jarak yang sama dan kerap seperti melakukan kerja menggunakan komputer, melihat skrin telefon mudah alih terlalu lama ataupun membaca terlalu dekat telah menyebabkan rabun jauh ini berlaku. Hal ini menyebabkan mata perlu bekerja lebih keras untuk melihat objek tersebut dan akhirnya mata menjadi letih dan kabur. - Berada di kawasan yang sempit
- Jika sering berada ditempat yang sempit atau terhad ia akan menyebabkan pandangan mata terbatas.Hal ini menyebabkan otot mata akan kurang berinteraksi untuk melihat objek jauh sehingga mata menjadi kabur. - Melakukan tabiat yang tidak baik untuk mata
- Sering melakukan tabiat buruk untuk mata seperti suka membaca buku atau melihat skrin telefon mudah alih dalam keadaan cahaya yang kurang cerah. Keadaan ini menyebabkan otot-otot mata menjadi letih. Hal ini sering berlaku pada masa kini yang menjadi punca rabun jauh ini.
- Kurang mengambil nutrien yang baik
- Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi baik untuk mata adalah faktor penyebab rabun jauh ini. Pengambilan nutrien seperti vitamin A, Lutein dan Zeaxantin boleh membantu mengurangkan penyakit rabun jauh ini dan pelbagai penyakit mata yang lain lagi.
Cara Mencegah Rabun Jauh
- Melakukan pemeriksaan mata secara kerap
-Melakukan pemeriksaan mata secara kerap dapat membantu untuk mengenal pasti masalah-masalah mata yang mungkin dihadapi.
- Melindungi mata dari cahaya matahari
-Kurangkan aktiviti luar yang boleh memberi kesan kepada mata dengan sinaran UV yang tinggi.
- Mengambil makanan yang sihat
-Selalu mengamalkan permakanan yang sihat dan seimbang. Makanan yang sihat yang mengandungi khasiat yang tinggi boleh membantu mencegah penyakit rabun jauh ini serta penyakit yang lain.
- Jangan merokok dan minum air beralkohol
-Rokok dan air beralkohol ini tidak baik untuk kesihatan. Kesan pengambilan dua perkara ini dapat meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit dan merosakkan mata.
- Rehatkan mata
-Jika sibuk bekerja di depan komputer atau sedang membaca cubalah rehat sebentar untuk merehatkan otot-otot mata. Mata akan merasa letih jika melihat objek yang terlalu lama.
- Mengawal keadaan kesihatan penyakit kronik
- Kawal keadaan kesihatan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi. Penyakit tersebut boleh meningkat risiko kerosakan pada mata. - Mengenal gejala-gejala penyakit mata
- Kenali setiap tanda-tanda ganguan pada mata seperti mata kelihatan kabur, mata berair, kepala sakit dan sebagainya. Keadaan yang dialami itu mungkin tanda-tanda mendapat penyakit mata yang lebih serius lagi.
Ini adalah maklumat tentang rabun jauh. Semoga memberi manfaat kepada korang semua ye !!๐๐
HydroNano Life Spray adalah semburan penawar derita yang boleh mengatasi masalah rabun dekat ini. Diasaskan dari trace mineral, induced energy dan infrared yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HydroNano Life Spray ini boleh klik link wasap di bawah โกโก

ASHIKIN
Pengedar Sah HydroNano
No comments:
Post a Comment