Sunday, 11 February 2018

RABUN SILAU



Mata sebenarnya memerlukan cahaya yang cukup untuk kita melihat. Namun, kadang-kadang  cahaya yang terlalu terang itu memberi masalah penglihatan seperti mengakibatkan pandangan mata kita menjadi silau.

APA ITU RABUN SILAU?

Rabun silau atau nama perubatannya โ€˜astigmatismeโ€™ berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelasRabun silau ini biasanya akan mempengaruhi pandangan waktu malam. Sebab cahaya yang memantulkan menyebabkan pandangan menjadi kabur baik pada objek dekat mahupun objek jauh. 




Masalah rabun silau bukan sahaja menyukarkan penglihatan secara normal, malah ia sering menganggu pemandangan seseorang yang memandu kenderaan terutama pada waktu malam. Rabun silau ini boleh dialami oleh semua peringkat umur namun tahap silau berbeza beza.
                     




           Faktor Penyebab Rabun Silau

Antara faktor penyebab rabun silau ini adalah:

  • Rabun silau ini datang serentak bersama rabun jauh dan dekat. 
  • Faktor keturunan.
  • Kecederaan kornea mata selepas melakukan pembedahan mata.
  • Menghidap penyakit kencing manis.
  • Ketumbuhan pada kelopak mata.


    Gejala Yang Kerap Dihidapi Oleh Penghidap Rabun Silau

  1. Objek tidak jelas semasa melihat
  2. Terasa pedih di mata
  3. Sakit Kepala
  4. Terasa letih
  5. Objek kelihatan kabur di jarak dekat atau jauh
  6. Tidak selesa di mata
  7. Terlalu sensitif terhadap cahaya
  8. Mata menjadi tegang
  9. Objek kelihatan seperti berlapis
  10. Mata mudah berair
  11. Pandangan mata terhadap objek menjadi terherot
  12. Mata menjadi juling
  13. Sukar untuk memandu ketika waktu malam
  14. Mata selalu berkedip

Tip Mengatasi Rabun Silau  

  1. Berdiri di satu posisi dan lihat kepada pokok yang hijau dalam tempoh 10 minit setiap pagi. Fokus pada titik tersebut.

  2. Rehatkan mata setelah melihat skrin komputer lebih daripada 30 minit. Pejam dan celik mata berulangkali untuk meregangkan otot mata.


  3. Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.

  4. Amalkan minuman jus lobak merah tanpa gula dan ais dan juga makan makanan daripada sumber Vitamin A.


  5. Mengambil Vitamin A seperti supplement yang baik di pasaran.

Rawatan Untuk Mata Silau

1. Cermin mata


Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang mudah dan selamat untuk semua orang. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana pelbagai reka bentuk cermin mata. Namun pemakaian cermin mata hanya membantu korang mengatasi silau sahaja bukan untuk menyembuhkan.

2. Pemakaian kanta lekap

                                    


Kanta lekap memberikan keselesaan yang lebih berbanding memakai cermin mata. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Namun, pemakaian kanta lekap yang selamat dan betul perlu dititikberatkan untuk mengelak sebarang komplikasi pada mata.



3. Pembedahan Kornea     

   

                        

Pembedahan kornea merupakan   akhir untuk merawat rabun silau ini. Teknik laser akan digunakan untuk menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Oleh itu, pastikan korang mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar jika korang merancang untuk melakukan pembedahan.

Rabun silau atau astigmatism  selalunya tidak memberi apa-apa kesan pada penglihatan. Namun, ianya sangat subjektif dan bergantung kepada pesakit itu sendiri. Sesetengah pesakit tidak mempunyai apa-apa masalah pada penglihatan, namun sesetangah pesakit memerlukan rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah rabun silau ini. Semoga maklumat tentang Rabun Silau ini dapat memberi manfaat kepada korang semua tau. Terima kasih membaca !! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜



HydroNano Life Spray semburan penawar derita boleh membantu mengatasi masalah rabun silau ini.



sebarang pertanyaan boleh wasap saya di nombor di bawah โฌ‡



 

Pengedar sah HydoNano  :


 Ashikin 


http://wasap.my/+60103400669


# KAWASAN COD : Sekitar Shah Alam 
๐Ÿšš Penghantaran Pos Citylink seluruh Malaysia



Terima kasih ๐Ÿ˜
  

No comments:

Post a Comment

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Itu Penyakit Kencing Manis Penyakit kencing manis atau dalam istilah lainnya ialah Diabetes Mellitus . Penyakit kencing manis ini a...