Monday, 12 February 2018

TANDA -TANDA MIGRAIN

Pernah tak korang merasa pening atau sakit kepala? Mesti pernahkan. Dan ia amat menjengkel atau merimaskan jika berlaku terlalu kerap. Ada yang mengalami sakit yang teruk dan ada yang mengalami sakit yang ringan-ringan sahaja. Walau bagaimanapun yang korang alami mesti ia memberi kesan kepada aktiviti harian korang kan. Jadi korang jangan ambil remeh tau dengan sakit kepala ni. Salah satu penyebab korang kerap sakit kepala ini mungkin adalah disebabkan migrain. Jadi apa itu migrain?

Maksud Migrain

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Punca sakit kepala atau migrain ini disebabkan kekurangan oksigen di otak. Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak





Selain itu migrain juga boleh menyebabkan gejala seperti pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Antara ciri migrain ini terbahagi kepada 2 jenis.


Jenis Migrain


1.
Migrain tanpa aura: Pesakit akan mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ia berlaku 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita
2. Migrain dengan aura : Sakit kepala didahului dengan aura. Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.


Faktor yang mencetuskan serangan migrain adalah:

  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Kurang tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
Tabiat merokok


Tanda-Tanda Migrain 




1. Aura – Individu yang mengalami migrain ini akan melihat bintik-bintik cahaya dan garisan cahaya di mata. Semua bentuk cahaya yang kelihatan ini berbeza mengikut individu. Sesetengah individu akan melihat cahaya  seperti zig zag. Aura ini bukanlah petanda migrain sebenarnya tetapi ramai yang melihat aura ini. Aura ini berlaku disebabkan oleh gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.




2. Rasa Tertekan – Jika korang berasa mood down dan tertekan secara tiba-tiba, ia mungkin petanda korang menghidap migrain. Ada kajian menyatakan jika individu itu terlampau tertekan  ia akan menyebabkan migrain yang lebih teruk.





               



3.Kurang Tidur – Sebab berlakunya migrain ini adalah kurangnya tidur di waktu malam. Namun jika korang mengalami migrain, korang juga tidak akan dapat tidur dengan lena, kerana kerap bangun tidur akibat serangan migrain. Jadi, badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Kesan daripada kurang tidur juga akan menyebabkan penyakit insomnia.
 
4. Hidung Tersumbat atau Mata Berair – Tanda-tanda seseorang itu mengalami migrain adalah seperti hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata. Sesetengah orang yang ada migrain akan mempunyai simptom sinus atau resdung.




5. Keinginan Makan Yang Tinggi– Sesetengah pesakit yang mengalami migrain ini akan mempunyai keinginan makan yang tinggi contohnya keinginan makan coklat apabila diserang migrain ini.



                            
  

6. Sakit Berdenyut Di Sebelah Kepala Atau Di Kedua-Dua Belah Kepala – Ini adalah tanda yang biasa di kalangan mereka yang menghidap migrain. Biasanya ia akan berasa sakit seperti berdenyut-denyut pada sebelah kepala sahaja.




7. Sakit Belakang Mata – Jika mata berasa letih dan sakit di belakang mata seperti berdenyut-denyut itu adalah tanda migrain. Sesetengah pesakit migrain ini akan merasa berdenyut pada sekala biasa atau ada yang lebih teruk. Pesakit migrain juga ada yang mengalami secara kerap dan ada juga beberapa kali sahaja. 





8. Sakit Tengkuk – Sesetengah pesakit migrain akan mengalami sakit tengkuk ni sebelum serangan migrain ataupun selepas serangan migrain ini. Namun keadaan ini ada yang berlaku secara kerap dan ada berlaku kadang-kadang sahaja. Hal ini  bergantung dengan keadaan pesakit itu sendiri.




                         



9. Kerap Kencing– Tanda yang berkemungkinan seseorang itu mengidap migrain ialah simptom kerap ke tandas. Pesakit migrain ini akan mengalami simptom kerap kencing ini awal sejam sebelum dan mungkin 2 hari sebelum serangan migrain ini berlaku.

                              


10.Kerap Menguap – Kerap menguap terlalu banyak adalah tanda awal serangan migrain akan berlaku. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk dan ia lebih kerap berbanding biasa.


                               

11. Kebas Atau Hilang Deria Rasa – Orang yang menghidap migrain akan merasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.




12. Loya dan Muntah –Satu kajian telah dijalankan dan mendapati ada pesakit akan merasa lebih sakit dan susah sembuh apabila diserang penyakit migrain ini berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya. Selain itu kajian mengatakan kebanyakkan pesakit migrain akan mengalami loya dan selebihnya mengalami muntah-muntah.

13. Sensitif Cahaya, Bunyi atau Bau – Pesakit migrain biasanya tidak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi yang bising boleh menyebabkan sakit kepala bertambah teruk. Selain itu ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan kepala bertambah
sakit.




14. Aktiviti Fizikal – Pesakit yang mengalami migrain ini akan merasa sakit kepala walaupun melakukan aktiviti fizikal biasa seperti berjalan dan menaiki tangga.



15. Percakapan yang Sukar Difahami – Bagi pesakit yang mengalami migrain ini mereka akan sukar untuk bercakap atau percakapan mereka sukar difahami oleh orang lain. Jika korang mengalami masalah ini, pastikan membuat pemeriksaan doktor dengan segera kerana dikhuatiri menjadi lebih teruk atau mungkin akan terkena serangan strok.




16. Lemah Sebelah Badan – Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga petanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.


Cara Mengatasi Penyakit Migrain 

  1. Menggunakan Buah Limau Kasturi

    Buah limau kasturi sangat baik untuk membantu pesakit migrain. Buah limau kasturi ini diperah dan
    diramaskan di atas kepala. Selain itu kulit buah limau yang telah digunakan itu boleh digunakan semula untuk membersihkan badan juga.
  2. Menggunakan Minyak Panas

    Bagi menghilangkan rasa sakit kepala migrain ini penggunaan minyak panas boleh melegakan pesakit migrain. Caranya ialah dengan melumurkan atau menyapu minyak panas di bahagian kepala, belakang tengkuk atau tempat yang sakit itu. Di samping itu urutan ringan juga boleh dilakukan semasa menyapu minyak panas itu.
  3. Menggunakan Ais

    Ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala migrain ini. Letakkan ketulan ais yang dibalut dengan tuala di atas kepala selama beberapa minit. Selain itu ice pack juga boleh digunakan. Kesan penggunaan ais itu akan membuatkan kepala merasa kebas untuk seketika.
  4. Kurang Pengambilan Makanan Msg
    Kebanyakan makanan segera di pasaran mengandungi Msg ini. Pengambilan makanan Msg yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Kandungan Msg ini berasal dari asid amino atau asid glutamik yang tidak baik untuk kerana ia meransang neuron iaitu sistem saraf badan manusia.

  5. Merehatkan Diri

    Jika sakit kepala migrain ini menyerang pastikan berehat untuk seketika. Jauhkan diri dari kawasan yang ramai orang atau sebarang bunyi yang bising. Rehat sebentar di dalam bilik atau tempat yang gelap dan sunyi selama beberapa minit. Ia pasti dapat melegakan sedikit sebanyak sakit kepala migrain ini.
  6. Menggunakan Cuka Epal

    Bau buah epal boleh juga membantu mengurangkan sakit kepala pesakit migrain. Cuka epal juga dapat membantu kembalikan keseimbagan asid dan alkali dalam badan. Selain itu, jika sakit kepala menyerang boleh juga makan buah epal bersama garam dan pastikan minum air masak yang secukupnya.

  7.  Merendamkan Kaki dengan Air Panas
    Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas boleh membantu mengurangkan sakit kepala juga.
    Air panas dapat membantu menarik atau mengalirkan darah dari bahagian kepala hingga ke kaki. Dengan cara ini tekanan di kepala dapat dikurangkan. Lakukan selama beberapa minit untuk merasakan kelegaan dari sakit kepala yang dialami.
  8. Banyakkan Minum Air

    Air sangat membantu kepada badan pesakit migrain. Pastikan minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari untuk
    menghindari dari dehidrasi yang mengakibatkan sakit kepala berlaku. Air lemon juga sesuai untuk mengurangkan sakit kepala.



Ini adalah sedikit info tentang penyakit migrain dan cara mengatasinya . Semoga memberi manfaat kepada korang smua ye...terima kasih membaca !! 😉😉



HydroNano Life Spray adalah produk yang dihasilkan daripada trace mineral , induced energy dan  infrared  yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan. 

Dirumus khas untuk merawat pelbagai penyakit dan penyakit migrain. Diasaskan menggunakan teknologi nano yang berfungsi
➤Membantu meningkatkan metabolism dan sistem imun (tubuh badan),
➤Meningkatkan kandungan oksigen(air,tubuh badan,otak dan udara) 
➤Meneutralkan toksik(darah,asid,udara). Kesan keberkesanan produk ini dapat diserap    dengan lebih cepat . 


                          

Untuk sebarang pertanyaan boleh wasap saya di nombor di bawah ⬇⬇

                          

Pengedar Sah HydroNano Life Spray 
ASHIKIN

http://wasap.my/+60103400669

#KAWASAN COD : Sekitar Shah Alam
🚚Penghantaran Pos Citylink Seluruh Malaysia

TERIMA KASIH  😍😍😍

No comments:

Post a Comment

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Itu Penyakit Kencing Manis Penyakit kencing manis atau dalam istilah lainnya ialah Diabetes Mellitus . Penyakit kencing manis ini a...