KELEMAHAN PENGLIHATAN MENDADAK (Sudden Burrly Vision)
Pernahkah korang dengar kenalan ataupun kawan
korang tiba-tiba penglihatannya menjadi kabur atau blank. Sebenarnya masalah ni
adalah salah satu PETANDA yang seseorang itu ada masalah pada
aliran darah atau pada sistem tubuh badannya. Penglihatan yang tiba-tiba hilang
tersebut akan pulih sedia kala dalam waktu singkat dan berkemungkinan akan
berulang lagi. Jangan ambil mudah petanda ini. Anda mungkin diberi amaran
petanda STROK atau permulaan MIGRAIN. Tindakan
awal mungkin boleh menyelamatkan mata korang.
MATA MENONJOL (Bulging
Eyes)
Masalah mata menonjol ni jarang kita dengar mahupun kita
lihat tapi sebenarnya memang wujud dan berlaku dalam masyarakat kita. Ia
menyebabkan kelenjair TIROID pesakit mengeluarkan sangat
banyak hormon lalu mengakibatkan masalah mata menonjol ini berlaku. Simptomnya
adalah penurunan berat badan,cirit birit,jantung berdebar,mudah marah,gugup dan
tangan bergegar. Biasanya doktor akan memberi ubat atau membuat pembedahan
untuk mengawal jumlah hormon yang keluar. Ia tidak akan menyembuhkan punca
penyakit malah tidak akan membantu masalah mata pesakit.
PENGLIHATAN KABUR (Blurred
Vision)
Penglihatan kabur ni sebenarnya banyak berlaku dalam
kalangan masyarakat kita. Ia juga menjadi tanda penyakit DIABETES yang
menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah kita. Jika tidak dirawati mungkin
mendapat penyakit retinipati diabetes iaitu apabila saluran
darah kecil di mata membocorkan darah dan cecair lain lalu menyebabkan
penglihatan menjadi kabur dan sukar untuk melihat pada waktu malam.
Biasanya doktor menggunakan laser untuk mengelak kebocoran dan menyingkirkan
saluran darah baru yang tidak diingini. Namun kaedah ini sebenarnya boleh
menjejaskan penglihatan mata sampingan pesakit.
LINGKARAN PUTIH DI MATA
Kadang-kadang kita tidak perasan masalah mata ni terjadi
pada diri kita kerana ia tidak menggangu penglihatan pada awalnya..Namun
penyakit lingkaran putih di mata juga dikenali sebagai ARCUS CORNEA ini boleh menyebabkan lapisan
selaput lemak putih tumbuh di luar kornea mata pesakit dan kelihatan seperti
cincin. Penyakit mata ini mungkin tidak membahayakan namun ia adalah satu tanda
penyakit KOLESTROL yang berbahaya tinggi dihidapi oleh
seseorang yang berusia di bawah 40 tahun. Oleh itu tindakan awal boleh
dilakukan untuk mengatasi masalah mata ni.
KELOPAK MATA MELABUH (Dropping
Eyelids)
Mata memainkan peranan untuk kita kita berkomunikasi dalam
kehidupan. Namun penyakit kelopak mata melabuh ini boleh memberi kesan dari
segi emosi kepada seseorang itu. Penyakit ini adalah tanda-tanda myasthenia gravis yang boleh
menyerang SISTEM IMUN pesakit dan juga melemahkan otot mata .
Ia memberi kesan kepada otot mata, muka dan tekak pesakit sehingga menyukarkan
pesakit untuk mengunyah, menelan ataupun bercakap. Doktor hanya boleh
memberikan ubat untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi namun ia
tidak membantu untuk jangka masa yang lama. Berkemungkinan pesakit akan
memerlukan pembedahan untuk membuang kalenjar timus itu
yang memerlukan kos yang tinggi.
MATA PUTIH KEKUNINGAN
Pernahkah korang lihat mata seseorang itu kekuningan dan
tidak bermaya. Ia juga dipanggil sebagai penyakit kuning. Penyakit mata
kekuningan ini sebenarnya dikaitkan dengan MASALAH HATI dan
disebabkan oleh bilirubin yang banyak dalam darah. Antara
faktor menyebabkan penyakit ini berlaku juga adalah disebabkan kurangnya tidur,
stress,mata lelah,dan asap dari perokok. Jika penyakit mata ini tidak dirawat
ia mungkin memerlukan pesakit melakukan pembedahan hati yang berisiko tinggi.
MATA BERKEDIP (Eye
Twitches)
Pernahkah korang terasa kelopak mata seperti
bergerak-bergerak. Apabila hal ini berlaku kelopak mata atas seperti berkedip
selama berapa saat sehingga satu atau dua minit dan ada kalanya sukar untuk
dihentikan. Ia juga akan mengakibatkan kelopak mata kelihatan berkedut.
Namun masalah mata ni jarang berlaku dan mungkin tidak membahayakan. Tapi
tahukah korang masalah ini mungkin berkaitan dengan SISTEM SARAF.
Biasanya masalah mata ni dikaitkan dengan alkohol, kafein, stress ataupun
merokok. Jika masalah mata ni tidak diatasi segera berkemungkinan akan
mengalami masalah lain kerana ia berkaitan dengan sistem saraf diri dan
mengakibatkan sukar bercakap, berjalan dan seterusnya akan menjejaskan kualiti
hidup peasakit itu.
RABUN MALAM (Night
Blindness)
Semua orang mengalami masalah untuk melihat secara jelas
ketika waktu malam kerana tahap penglihatan waktu malam amat terhad kerana
keadaan yang gelap. Namun masalah ini amat memberi kesan kepada pesakit yang
mengalami masalah rabun malam ni. Pesakit ini lebih cenderung untuk mengalami
rabun malam ketika beralih dari keadaan persekitaran yang cerah ke persekitaran
yang rendah ataupun gelap. Faktor penyebab rabun malam ini berlaku disebabkan oleh KEKURANGAN VITAMIN
A dalam makanan pesakit yang menyebabkan sel mata kering. Selain itu
masalah ini berlaku kerana pesakit mengalami masalah katarak yang jelas sekali
mengakibatkan rabun malam ni berlaku.Masalah rabun malam ni boleh diatasi
jika mengambil makanan yang tinggi Vitamin A. Namun jika masalah ini
tidak dirawat dengan segera mungkin memberi kesan jangkapanjang kepada mata dan
kehidupan harian.
Ini adalah info tentang masalah-masalah mata yang dihadapi oleh masyarakat kita. Semoga dapat membantu korang untuk mengenali masalah mata.. Terima kasih membaca 😉😉
HydroNano Life Spray adalah produk yang dihasilkan daripada trace mineral , induced energy, dan infrared yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan. Diasaskan dengan menggunakan teknologi nano yang membantu merawat pelbagai penyakit mata.
ASHIKIN
Pengedar sah HydroNano
http://wasap.my/+60103400669
ASHIKIN
Pengedar sah HydroNano
http://wasap.my/+60103400669
Pengedar sah HydroNano
http://wasap.my/+60103400669
# KAWASAN COD : Sekitar Shah Alam
🚚 Penghantaran Pos
Citylink seluruh Malaysia
# KAWASAN COD : Sekitar Shah Alam
🚚 Penghantaran Pos
Citylink seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment