Wednesday, 28 February 2018

PENYAKIT KENCING MANIS



Apa Itu Penyakit Kencing Manis


Penyakit kencing manis atau dalam istilah lainnya ialah Diabetes Mellitus. Penyakit kencing manis ini adalah salah satu penyakit yang boleh meragut nyawa paling utama di Malaysia. Penyakit kencing manis ini adalah suatu penyakit yang membuatkan metabolisme tubuh terganggu kerana jumlah glukosa darah terlalu tinggi dalam badan akibat kesan dari kegagalan fungsi pankreas. Terdapat dua jenis penyakit kencing manis ini iaitu Jenis 1 dan Jenis 2. Dua jenis penyakit kencing manis ini berbeza-beza keadaannya namun kedua-duanya sangat serius dan jika tidak dirawat akan memberi pelbagai komplikasi pada kesihatan yang lain.


Jenis-Jenis Kencing Manis 



 Jenis 1 ( Kering )


- Kencing manis jenis 1 ini adalah keadaan glukosa meningkat dengan cepat kerana pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang baik dan telah menyebabkan sel-sel yang menghasilkan insulin ini diserang atau dimusnahkan.
 

                         


Jenis 2 ( Basah ) 

- Kencing manis basah atau jenis 2 ini terjadi kerana glukosa dalam darah terbina yang menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin dalam badan itu sendiri tidak berfungsi dengan baik.


Kencing Manis ketika Mengandung 


Kebiasaan wanita yang mengandung tidak menghidapi penyakit kencing manis ini sebelum kehamilan mereka. Namun biasanya diagnosis melalui ujian darah akan dilakukan pada minggu ke 24 atau minggu ke 28 kehamilan untuk mengenalpasti jika seseorang wanita itu berisiko untuk menghadapi penyakit kencing manis ini. Walaubagaimanapun, wanita yang menghidapi kencing manis ketika hamil ini akan hilang selepas melahirkan anak. Tetapi pada sesetengah wanita yang lain akan kekal dengan penyakit kencing manis jenis 2 selepas melahirkan anak,.


Faktor-faktor Penyebab Penyakit Kencing Manis
  1. Mempunyai berat badan yang berlebihan 
  2. Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
  3. Gemar mengambil makanan yang berlemak dan tidak sihat
  4. Faktor umur yang meningkat
  5. Faktor keturunan

Cara Menentukan Penyakit Kencing Manis



Melalui pemeriksaan bacaan gula dalam darah doktor boleh mengetahui samada seseorang individu itu menghidapi penyakit kencing manis atau tidak.


  1. Melalui Ujian HBA1C

    - Kurang daripada 5.7 % keadaan normal
    - Antara 5.7 % dan 5.99 % menghidapi prediabetes
    - Sekurang-kurangnya 6.5 % menghidapi diabetes-
  2.  Melalui Ujian Paras Glukosa Berpuasa

    - Kurang daripada 5.6 mmol/L ( atau 100 mg/dl ) keadaan normal
    - Antara 5.6 dan 7 mmol/L ( atau 100 dan 125.99 mg/dl ) menghidapi prediabetes
    - Sekurang-kurangnya 7 mmol/L ( atau 126 mg/dl ) menghidapi diabetes

  3.  Melalui Ujian Toleransi Glukosa

    - Kurang daripada 7.8 mmol/L ( atau 140 mg/dl ) keadaan normal
    - Antara 7.8 dan 11.1 mmol/L ( atau 140 dan 199.9 mg/dl ) menghidapi prediabetes
    - Sekurang-kurangnya 11.1 mmol/L ( atau 200 mg/dl ) menghidapi diabetes

Tanda-Tanda Menghidapi Penyakit Kencing Manis


  1. Sentiasa merasa dahaga dan kerap kencing

    - Glukosa yang lebih dalam saluran darah telah menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk memprosesnya. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap kencing pada waktu malam. Jadi kesan dari itu seseorang individu itu akan sering merasa dahaga.
     

  2. Kerap merasa lapar
    - Pesakit kencing manis akan sering berasa lapar. Hal ini kerana glukosa tidak dapat diproses  kerana tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas tehadap insulin di dalam badan seperti biasa. Kesan dari itu tahap gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba dan badan akan memberi isyarat lapar kepada pesakit dan menganggap pesakit memerlukan lebih lagi glukosa untuk badan berfungsi.
  3. Berat badan turun secara drastik

    - Penurunan berat badan secara drastik ini berlaku disebabkan kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga. Kesan dari itu ia telah menyebabkan glukosa mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga dan seterusnya menyebabkan badan menjadi susut.

    .
  4. Sering terasa kebas pada bahagian tangan dan kaki

    - Keadaan ini berlaku kerana glukosa telah memberi kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah di dalam badan. Hal ini telah menyebabkan darah tidak dapat sampai pada hujung saraf anggota badan. Kesan dari itu pesakit akan sering merasa kebas pada tangan dan kaki mereka.


                                    
  5. Penglihatan mata menjadi kabur

    - Keadaan ini terjadi bukan terjadi disebabkan rabun sahaja. Kandungan gula yang tinggi telah menyebabkan perubahan bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan mata menjadi kabur dan tidak jelas. Penyakit mata yang lain juga boleh terjadi dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan pesakit menjadi buta.

                           
  6. Luka pada anggota badan lambat baik

    - Pesakit kencing manis tidak akan merasai sakit pada luka yang dialami mereka. Hal ini kerana gula yang berlebihan dalam darah telah menyebabkan sistem saluran darah menjadi rosak. Kesan dari itu luka pada anggota badan pesakit akan lambat sembuh kerana darah tidak dapat disampaikan pada anggota badan tersebut. Disebabkan luka-luka itu lambat sembuh ia boleh menjadi semakin teruk dan membusuk. Akibat dari itu cara terakhir untuk menyembuhkannya ialah dengan memotong anggota badan tersebut.


Komplikasi dari Penyakit Kencing Manis 
  1. Menghidapi Penyakit Jantung
    - Risiko dan peluang untuk mendapat penyakit jantung dan strok dari penyakit kencing manis ini sangat besar. Hal ini kerana  kesan dari tidak menjaga paras glukosa dalam darah telah menyebabkan masalah saluran darah berlaku dan mengakibatkan tanda-tanda penyakit jantung berlaku seperti kejang kaki, perubahan warna kulit dan rasa kebas.

  2. Mengalami Masalah-Masalah Berkaitan Mata
    - Penyakit kencing manis ini adalah faktor utama yang membolehkan masalah hilang penglihatan secara tiba-tiba dalam kalangan orang dewasa. Selain itu ia juga boleh menyebabkan pesakit mendapat penyakit mata yang serius seperti glaukoma,katarak, retinopati diabetik dan penyakit mata yang lain.

  3. Menghidapi Penyakit Buah Pinggang

    - Kesan dari penyakit kencing manis ini telah menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik. Tanda awal penyakit buah pinggang ini sebenarnya berkaitan dengan kencing manis. Pada peringkat akhir penyakit ini ia boleh menyebabkan tangan dan kaki pesakit menjadi bengkak.
  4. Menghidapi Penyakit Saraf

    -
    Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan sistem saraf menjadi rosak apabila dibiarkan terlalu lama. Neuropati periferal akan menyebabkan pesakit merasa sakit dan hilang deria rasa di jari kaki dan boleh merebak ke anggota badan yang lain. Manakala Neuropati autonomi pula terjadi daripada kerosakan saraf yang mengawal organ-organ dalaman pesakit. Kesan dari itu pesakit akan mengalami masalah pencernaan, masalah seksual, masalah pundi kencing dan kerap pening dan mudah pengsan.
  5. Mempunyai masalah berkaitan Gigi

    - Mempunyai penyakit kencing manis boleh menyebabkan risiko mendapat penyakit gusi. Kebiasaannya gusi akan menjadi bengkak, merah dan mudah berdarah.
Cara Mengatasi Penyakit Kencing Manis

  1. Selalu melakukan senaman  


  2. Mengamalkan cara pemakanan yang betul

                                 
  3. Tidak merokok dan jauhkan dari minuman beralkohol


                                   
  4. Mengawal dan menjaga kolestrol



                                            
                 
  5. Berusaha menurunkan berat badan

                                                 
  6. Mengurangkan tekanan darah tinggi
           
                                     



    Ini adalah sedikit info tentang penyakit kencing manis dan cara mengatasinya . Semoga memberi manfaat kepada korang smua ye...terima kasih membaca !! 😉😉



    HydroNano Life Spray adalah produk yang dihasilkan daripada trace mineral , induced energy dan  infrared  yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan. 

    Dirumus khas untuk merawat pelbagai penyakit dan penyakit kencing manis. Diasaskan menggunakan teknologi nano yang berfungsi :

    ➤Membantu meningkatkan metabolism dan sistem imun (tubuh badan),
    ➤Meningkatkan kandungan oksigen(air,tubuh badan,otak dan udara) 
    ➤Meneutralkan toksik(darah,asid,udara). Kesan keberkesanan produk ini dapat diserap dengan lebih cepat . 

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HydroNano Life Spray ini boleh klik link wasap di bawah ↡↡
                                         
       
    ASHIKIN
    Pengedar Sah HydroNano

    http://wasap.my/+60103400669

Thursday, 22 February 2018

RABUN JAUH


MAKSUD RABUN JAUH 
Rabun jauh
juga digelar sebagai myopia. Rabun jauh ini adalah gangguan pada mata yang menyukarkan seseorang individu itu untuk melihat pada jarak yang jauh.

Namun objek yang dekat akan lebih jelas kelihatan. Hal ini kerana cahaya telah masuk terus di hadapan retina mata dan menyebabkan mata menjadi fokus lalu objek yang jauh menjadi kabur.Rabun jauh juga boleh terjadi disebabkan kornea mata yang terlalu melengkung dan bola mata yang terlalu panjang. Oleh itu, tahap penglihatan rabun jauh ini berbeza-beza mengikut setiap individu.




Tanda-Tanda Rabun Jauh 
  1. Sukar untuk melihat objek dari jarak jauh tetapi jelas ketika melihat objek yang dekat.
  2. Kerap mengalami sakit kepala.
  3. Perlu mengecilkan mata ketika melihat objek yang jauh.

  4. Mata menjadi berair secara kerap
  5. Kerap menggosok mata kerana tidak dapat melihat dengan jelas
  6. Mata sering berkedip-kedip.
     
Faktor Penyebab Rabun Jauh
  1. Faktor keturunan

    - Mengikut kajian yang dijalankan kebanyakkan pesakit yang menghidapi rabun jauh ini mewarisi daripada orang tua ataupun keluarga berbanding keluarga yang tidak menghidapi rabun jauh ini.
      
  2. Melakukan aktiviti memerlukan mata melihat terlalu dekat

    - Sering melakukan aktiviti pada jarak yang sama dan kerap seperti melakukan kerja menggunakan komputer, melihat skrin telefon mudah alih terlalu lama ataupun membaca terlalu dekat telah menyebabkan rabun jauh ini berlaku. Hal ini menyebabkan mata perlu bekerja lebih keras untuk melihat objek tersebut dan akhirnya mata menjadi letih dan kabur.

  3. Berada di kawasan yang sempit
    - Jika sering berada ditempat yang sempit atau terhad ia akan menyebabkan pandangan mata terbatas.Hal ini menyebabkan otot mata akan kurang berinteraksi untuk melihat objek jauh sehingga mata menjadi kabur.

  4. Melakukan tabiat yang tidak baik untuk mata

    - Sering melakukan tabiat buruk untuk mata seperti suka membaca buku atau melihat skrin telefon mudah alih dalam keadaan cahaya yang kurang cerah. Keadaan ini menyebabkan otot-otot mata menjadi letih. Hal ini sering berlaku pada masa kini yang menjadi punca rabun jauh ini.
     
  5. Kurang mengambil nutrien yang baik

    - Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi baik untuk mata adalah faktor penyebab rabun jauh ini. Pengambilan nutrien seperti vitamin A, Lutein dan Zeaxantin boleh membantu mengurangkan penyakit rabun jauh ini dan pelbagai penyakit mata yang lain lagi. 


Cara Mencegah Rabun Jauh

  1. Melakukan pemeriksaan mata secara kerap 
    -Melakukan pemeriksaan mata secara kerap dapat membantu untuk mengenal pasti masalah-masalah mata yang mungkin dihadapi.



                                
       


  2. Melindungi mata dari cahaya matahari

    -Kurangkan aktiviti luar yang boleh memberi kesan kepada mata dengan sinaran UV yang tinggi.

     
  3. Mengambil makanan yang sihat

    -Selalu mengamalkan permakanan yang sihat dan seimbang. Makanan yang sihat yang mengandungi khasiat yang tinggi boleh membantu mencegah penyakit rabun jauh ini serta penyakit yang lain.

                                 
  4. Jangan merokok dan minum air beralkohol
    -Rokok dan air beralkohol ini tidak baik untuk kesihatan. Kesan pengambilan dua perkara ini dapat meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit dan merosakkan mata.

                                


  5. Rehatkan mata 

    -Jika sibuk bekerja di depan komputer atau sedang membaca  cubalah rehat sebentar untuk merehatkan otot-otot mata. Mata akan merasa letih jika melihat objek yang terlalu lama.

                            
  6. Mengawal keadaan kesihatan penyakit kronik

    - Kawal keadaan kesihatan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi. Penyakit tersebut boleh meningkat risiko kerosakan pada mata.
  7. Mengenal gejala-gejala penyakit mata

    - Kenali setiap tanda-tanda ganguan pada mata seperti mata kelihatan kabur, mata berair, kepala sakit dan sebagainya. Keadaan yang dialami itu mungkin tanda-tanda mendapat penyakit mata yang lebih serius lagi.


    Ini adalah maklumat tentang rabun jauh. Semoga memberi manfaat kepada korang semua ye  !!
      😍😍




HydroNano Life Spray adalah semburan penawar derita yang boleh mengatasi masalah rabun dekat ini. Diasaskan dari trace mineral, induced energy dan infrared yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HydroNano Life Spray ini boleh klik link wasap di bawah ↡↡
                                     
   
ASHIKIN
Pengedar Sah HydroNano 

Tuesday, 20 February 2018

RABUN DEKAT



Maksud Rabun Dekat

Rabun dekat atau hiperopia adalah gangguan pada mata yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk melihat objek dekat dengan lebih jelas dan pandangan akan kelihatan kabur seperti ketika membaca buku atau ketika menggunakan telefon mudah alih. Namun ketika melihat objek yang lebih jauh akan lebih jelas kelihatan. Rabun dekat ini terjadi apabila mata tidak dapat fokus atau tumpuan pada cahaya yang masuk pada belakang mata.

                      
pandangan mata rabun dekat 



Tanda-Tanda Rabun Dekat


  1. Sukar melihat untuk objek yang dekat tetapi jelas ketika melihat objek jauh.
  2. Mata menjadi letih selepas membaca buku atau melihat komputer secara dekat.
  3. Kerap sakit kepala.
  4. Gatal pada mata dan terasa panas.
  5. Sukar membaca pada jarak yang dekat.
  6. Perlu mergerdipkan mata untuk melihat.


Faktor Penyebab Rabun Dekat 
  1. Faktor keturunan keluarga
    -Kebanyakkan pesakit yang menghidapi rabun dekat ini mewarisi daripada orang tua ataupun keluarga.

  2. Faktor umur

    -Kebiasaan orang yang menghidapi masalah rabun dekat ini berlaku pada usia dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Hal ini berlaku disebabkan kurangnya fungsi saraf dan otot pada mata pesakit seiiring dengan peningkatan umur. Namun kanak-kanak juga boleh mengalami masalah rabun dekat ini.
  3. Menghidapi ketumbuhan di mata
    -Bagi pesakit yang menghidapi masalah ketumbuhan di mata ia akan memberi kesan pada pandangan pesakit seperti rabun dekat ini.

  4. Penyakit kencing manis

    -Kesan dari penyakit kencing manis ini boleh mengakibatkan rabun dekat. Hal ini berlaku akibat peningkatan kadar gula dalam darah yang memberi kesan pada retina mata.
  5. Keadaan mata terlalu pendek dan kornea mata kurang melengkung

    -Pesakit rabun dekat ini memiliki bentuk kornea yang kurang melengkung atau bola mata yang terlalu pendek. Keadaan ini menyebabkan cahaya tidak dapat difokuskan ke dalam retina tetapi difokuskan ke belakang retina

Kesan Rabun Dekat 

  1. Mata menjadi malas

    - Pesakit rabun dekat ini akan mengalami gangguan visual atau kurang peka ketika melihat. Pesakit ini biasanya sukar untuk melihat imej tiga dimensi namun pergerakan masih normal.


  2. Mata menjadi juling
    - Keadaan ini akan mengakibatkan pesakit rabun dekat ini tidak dapat melihat dengan sempurna. Kebanyakkan keadaan ini berlaku pada kanak-kanak. Oleh itu jika tidak dirawat dengan segera ia boleh mengakibatkan penglihatan menjadi kabur yang berkekalan.
  3. Kualiti hidup

    - Jika rabun dekat ini tidak dirawat ia akan memberi kesan kepada kehidupan seperti sukar untuk memandu kenderaan, membaca dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Bagi kanak-kanak pula mereka mungkin sukar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran.

  4. Mata menjadi letih

    - Rabun dekat ini menyukarkan seseorang itu untuk melihat secara dekat. Oleh itu ia akan menyebabkan mata letih kerana sering berkedip-kedip untuk memberi fokus untuk melihat. Jika tidak dirawat dengan segera masalah sakit kepala juga akan terjadi.
Cara Mengatasi Masalah Rabun Dekat

  1. Selalu melakukan pemeriksaan mata 





  2. Mengambil makanan yang mengandungi nutrien yang baik




  3. Tidak merokok

  4. Jauhkan mata dari cahaya yang terang

  5. Memakai cermin mata yang sesuai

  6. Mengenal masalah-masalah pada mata 


    Ini adalah maklumat tentang masalah rabun dekat. Semoga memberi manfaat kepada korang ye.. Terima kasih membaca !
    !  😄😄


                             

    HydroNano Life Spray adalah semburan penawar derita yang boleh mengatasi masalah rabun dekat ini. Diasaskan dari trace mineral, induced energy dan infrared yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan.


    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HydroNano Life Spray ini boleh klik link wasap di bawah ↡↡

                                

    ASHIKIN
    Pengedar Sah HydroNano 

    http://wasap.my/+60103400669


    #Kawasan COD : Sekitar Shah Alam

    Penghantaran Pos City link sekitar Malaysia

    TERIMA KASIH 😍😍😍

Wednesday, 14 February 2018

MASALAH-MASALAH MATA

KELEMAHAN PENGLIHATAN MENDADAK (Sudden Burrly Vision)

Pernahkah korang dengar kenalan ataupun kawan korang tiba-tiba penglihatannya menjadi kabur atau blank. Sebenarnya masalah ni adalah salah satu PETANDA yang seseorang itu ada masalah pada aliran darah atau pada sistem tubuh badannya. Penglihatan yang tiba-tiba hilang tersebut akan pulih sedia kala dalam waktu singkat dan berkemungkinan akan berulang lagi. Jangan ambil mudah petanda ini. Anda mungkin diberi amaran petanda STROK atau permulaan MIGRAIN. Tindakan awal mungkin boleh menyelamatkan mata korang.





MATA MENONJOL (Bulging Eyes)

Masalah mata menonjol ni jarang kita dengar mahupun kita lihat tapi sebenarnya memang wujud dan berlaku dalam masyarakat kita. Ia menyebabkan kelenjair TIROID pesakit mengeluarkan sangat banyak hormon lalu mengakibatkan masalah mata menonjol ini berlaku. Simptomnya adalah penurunan berat badan,cirit birit,jantung berdebar,mudah marah,gugup dan tangan bergegar. Biasanya doktor akan memberi ubat atau membuat pembedahan untuk mengawal jumlah hormon yang keluar. Ia tidak akan menyembuhkan punca penyakit malah tidak akan membantu masalah  mata pesakit.




PENGLIHATAN KABUR (Blurred Vision)

Penglihatan kabur ni sebenarnya banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Ia juga menjadi tanda penyakit DIABETES yang menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah kita. Jika tidak dirawati mungkin mendapat penyakit retinipati diabetes iaitu apabila saluran darah kecil di mata membocorkan darah dan cecair lain lalu menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan sukar untuk melihat pada waktu malam. Biasanya doktor menggunakan laser untuk mengelak kebocoran dan menyingkirkan saluran darah baru yang tidak diingini. Namun kaedah ini sebenarnya boleh menjejaskan penglihatan mata sampingan pesakit.



LINGKARAN  PUTIH DI MATA 

Kadang-kadang kita tidak perasan masalah mata ni terjadi pada diri kita kerana ia tidak menggangu penglihatan pada awalnya..Namun penyakit lingkaran putih di mata juga dikenali sebagai ARCUS CORNEA ini boleh menyebabkan lapisan selaput lemak putih tumbuh di luar kornea mata pesakit dan kelihatan seperti cincin. Penyakit mata ini mungkin tidak membahayakan namun ia adalah satu tanda penyakit KOLESTROL yang berbahaya tinggi dihidapi oleh seseorang yang berusia di bawah 40 tahun. Oleh itu tindakan awal boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mata ni.




KELOPAK MATA MELABUH (Dropping Eyelids)

Mata memainkan peranan untuk kita kita berkomunikasi dalam kehidupan. Namun penyakit kelopak mata melabuh ini boleh memberi kesan dari segi emosi kepada seseorang itu. Penyakit ini adalah tanda-tanda myasthenia gravis yang boleh menyerang SISTEM IMUN pesakit dan juga melemahkan otot mata . Ia memberi kesan kepada otot mata, muka dan tekak pesakit sehingga menyukarkan pesakit untuk mengunyah, menelan ataupun bercakap. Doktor hanya boleh memberikan ubat untuk mengatasi masalah-masalah yang  dihadapi namun ia tidak membantu untuk jangka masa yang lama. Berkemungkinan pesakit akan memerlukan pembedahan untuk membuang kalenjar  timus itu yang memerlukan kos yang tinggi.




MATA PUTIH KEKUNINGAN 


Pernahkah korang lihat mata seseorang itu kekuningan dan tidak bermaya. Ia juga dipanggil sebagai penyakit kuning. Penyakit mata kekuningan ini sebenarnya dikaitkan dengan MASALAH HATI dan disebabkan oleh bilirubin yang banyak dalam darah. Antara faktor menyebabkan penyakit ini berlaku juga adalah disebabkan kurangnya tidur, stress,mata lelah,dan asap dari perokok. Jika penyakit mata ini tidak dirawat ia mungkin memerlukan pesakit melakukan pembedahan hati yang  berisiko tinggi.





MATA BERKEDIP (Eye Twitches)

Pernahkah korang terasa kelopak mata seperti bergerak-bergerak. Apabila hal ini berlaku kelopak mata atas seperti berkedip selama berapa saat sehingga satu atau dua minit dan ada kalanya sukar untuk dihentikan. Ia juga akan mengakibatkan kelopak mata  kelihatan berkedut. Namun masalah mata ni jarang berlaku dan mungkin tidak membahayakan. Tapi tahukah korang masalah ini mungkin berkaitan dengan SISTEM SARAF. Biasanya masalah mata ni dikaitkan dengan alkohol, kafein, stress ataupun merokok. Jika masalah mata ni tidak diatasi segera  berkemungkinan akan mengalami masalah lain kerana ia berkaitan dengan sistem saraf diri dan mengakibatkan sukar bercakap, berjalan dan seterusnya akan menjejaskan kualiti hidup peasakit itu.




RABUN MALAM (Night Blindness)

Semua orang mengalami masalah untuk melihat secara jelas ketika waktu malam kerana tahap penglihatan waktu malam amat terhad kerana keadaan yang gelap. Namun masalah ini amat memberi kesan kepada pesakit yang mengalami masalah rabun malam ni. Pesakit ini lebih cenderung untuk mengalami rabun malam ketika beralih dari keadaan persekitaran yang cerah ke persekitaran yang rendah ataupun gelap. Faktor penyebab rabun malam ini berlaku disebabkan oleh KEKURANGAN VITAMIN A dalam makanan pesakit yang menyebabkan sel mata kering. Selain itu masalah ini berlaku kerana pesakit mengalami masalah katarak yang jelas sekali mengakibatkan rabun malam ni berlaku.Masalah rabun malam ni boleh diatasi jika  mengambil makanan yang tinggi Vitamin A. Namun jika masalah ini tidak dirawat dengan segera mungkin memberi kesan jangkapanjang kepada mata dan kehidupan  harian.






Ini adalah info tentang masalah-masalah mata yang dihadapi oleh masyarakat kita. Semoga dapat membantu korang untuk mengenali masalah mata.. Terima kasih membaca 😉😉

HydroNano Life Spray adalah produk yang dihasilkan daripada trace mineral , induced energy, dan infrared  yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan. Diasaskan dengan menggunakan teknologi nano yang membantu merawat pelbagai penyakit mata.  



Untuk mengetahui lanjut boleh wasap saya di nombor di bawah ⬇⬇




ASHIKIN
Pengedar sah HydroNano

 
http://wasap.my/+60103400669



# KAWASAN COD : Sekitar Shah Alam


🚚 Penghantaran Pos Citylink seluruh Malaysia



Monday, 12 February 2018

TANDA -TANDA MIGRAIN

Pernah tak korang merasa pening atau sakit kepala? Mesti pernahkan. Dan ia amat menjengkel atau merimaskan jika berlaku terlalu kerap. Ada yang mengalami sakit yang teruk dan ada yang mengalami sakit yang ringan-ringan sahaja. Walau bagaimanapun yang korang alami mesti ia memberi kesan kepada aktiviti harian korang kan. Jadi korang jangan ambil remeh tau dengan sakit kepala ni. Salah satu penyebab korang kerap sakit kepala ini mungkin adalah disebabkan migrain. Jadi apa itu migrain?

Maksud Migrain

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Punca sakit kepala atau migrain ini disebabkan kekurangan oksigen di otak. Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak





Selain itu migrain juga boleh menyebabkan gejala seperti pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Antara ciri migrain ini terbahagi kepada 2 jenis.


Jenis Migrain


1.
Migrain tanpa aura: Pesakit akan mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ia berlaku 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita
2. Migrain dengan aura : Sakit kepala didahului dengan aura. Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.


Faktor yang mencetuskan serangan migrain adalah:

  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Kurang tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
Tabiat merokok


Tanda-Tanda Migrain 




1. Aura – Individu yang mengalami migrain ini akan melihat bintik-bintik cahaya dan garisan cahaya di mata. Semua bentuk cahaya yang kelihatan ini berbeza mengikut individu. Sesetengah individu akan melihat cahaya  seperti zig zag. Aura ini bukanlah petanda migrain sebenarnya tetapi ramai yang melihat aura ini. Aura ini berlaku disebabkan oleh gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.




2. Rasa Tertekan – Jika korang berasa mood down dan tertekan secara tiba-tiba, ia mungkin petanda korang menghidap migrain. Ada kajian menyatakan jika individu itu terlampau tertekan  ia akan menyebabkan migrain yang lebih teruk.





               



3.Kurang Tidur – Sebab berlakunya migrain ini adalah kurangnya tidur di waktu malam. Namun jika korang mengalami migrain, korang juga tidak akan dapat tidur dengan lena, kerana kerap bangun tidur akibat serangan migrain. Jadi, badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Kesan daripada kurang tidur juga akan menyebabkan penyakit insomnia.
 
4. Hidung Tersumbat atau Mata Berair – Tanda-tanda seseorang itu mengalami migrain adalah seperti hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata. Sesetengah orang yang ada migrain akan mempunyai simptom sinus atau resdung.




5. Keinginan Makan Yang Tinggi– Sesetengah pesakit yang mengalami migrain ini akan mempunyai keinginan makan yang tinggi contohnya keinginan makan coklat apabila diserang migrain ini.



                            
  

6. Sakit Berdenyut Di Sebelah Kepala Atau Di Kedua-Dua Belah Kepala – Ini adalah tanda yang biasa di kalangan mereka yang menghidap migrain. Biasanya ia akan berasa sakit seperti berdenyut-denyut pada sebelah kepala sahaja.




7. Sakit Belakang Mata – Jika mata berasa letih dan sakit di belakang mata seperti berdenyut-denyut itu adalah tanda migrain. Sesetengah pesakit migrain ini akan merasa berdenyut pada sekala biasa atau ada yang lebih teruk. Pesakit migrain juga ada yang mengalami secara kerap dan ada juga beberapa kali sahaja. 





8. Sakit Tengkuk – Sesetengah pesakit migrain akan mengalami sakit tengkuk ni sebelum serangan migrain ataupun selepas serangan migrain ini. Namun keadaan ini ada yang berlaku secara kerap dan ada berlaku kadang-kadang sahaja. Hal ini  bergantung dengan keadaan pesakit itu sendiri.




                         



9. Kerap Kencing– Tanda yang berkemungkinan seseorang itu mengidap migrain ialah simptom kerap ke tandas. Pesakit migrain ini akan mengalami simptom kerap kencing ini awal sejam sebelum dan mungkin 2 hari sebelum serangan migrain ini berlaku.

                              


10.Kerap Menguap – Kerap menguap terlalu banyak adalah tanda awal serangan migrain akan berlaku. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk dan ia lebih kerap berbanding biasa.


                               

11. Kebas Atau Hilang Deria Rasa – Orang yang menghidap migrain akan merasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.




12. Loya dan Muntah –Satu kajian telah dijalankan dan mendapati ada pesakit akan merasa lebih sakit dan susah sembuh apabila diserang penyakit migrain ini berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya. Selain itu kajian mengatakan kebanyakkan pesakit migrain akan mengalami loya dan selebihnya mengalami muntah-muntah.

13. Sensitif Cahaya, Bunyi atau Bau – Pesakit migrain biasanya tidak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi yang bising boleh menyebabkan sakit kepala bertambah teruk. Selain itu ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan kepala bertambah
sakit.




14. Aktiviti Fizikal – Pesakit yang mengalami migrain ini akan merasa sakit kepala walaupun melakukan aktiviti fizikal biasa seperti berjalan dan menaiki tangga.



15. Percakapan yang Sukar Difahami – Bagi pesakit yang mengalami migrain ini mereka akan sukar untuk bercakap atau percakapan mereka sukar difahami oleh orang lain. Jika korang mengalami masalah ini, pastikan membuat pemeriksaan doktor dengan segera kerana dikhuatiri menjadi lebih teruk atau mungkin akan terkena serangan strok.




16. Lemah Sebelah Badan – Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga petanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.


Cara Mengatasi Penyakit Migrain 

  1. Menggunakan Buah Limau Kasturi

    Buah limau kasturi sangat baik untuk membantu pesakit migrain. Buah limau kasturi ini diperah dan
    diramaskan di atas kepala. Selain itu kulit buah limau yang telah digunakan itu boleh digunakan semula untuk membersihkan badan juga.
  2. Menggunakan Minyak Panas

    Bagi menghilangkan rasa sakit kepala migrain ini penggunaan minyak panas boleh melegakan pesakit migrain. Caranya ialah dengan melumurkan atau menyapu minyak panas di bahagian kepala, belakang tengkuk atau tempat yang sakit itu. Di samping itu urutan ringan juga boleh dilakukan semasa menyapu minyak panas itu.
  3. Menggunakan Ais

    Ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala migrain ini. Letakkan ketulan ais yang dibalut dengan tuala di atas kepala selama beberapa minit. Selain itu ice pack juga boleh digunakan. Kesan penggunaan ais itu akan membuatkan kepala merasa kebas untuk seketika.
  4. Kurang Pengambilan Makanan Msg
    Kebanyakan makanan segera di pasaran mengandungi Msg ini. Pengambilan makanan Msg yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Kandungan Msg ini berasal dari asid amino atau asid glutamik yang tidak baik untuk kerana ia meransang neuron iaitu sistem saraf badan manusia.

  5. Merehatkan Diri

    Jika sakit kepala migrain ini menyerang pastikan berehat untuk seketika. Jauhkan diri dari kawasan yang ramai orang atau sebarang bunyi yang bising. Rehat sebentar di dalam bilik atau tempat yang gelap dan sunyi selama beberapa minit. Ia pasti dapat melegakan sedikit sebanyak sakit kepala migrain ini.
  6. Menggunakan Cuka Epal

    Bau buah epal boleh juga membantu mengurangkan sakit kepala pesakit migrain. Cuka epal juga dapat membantu kembalikan keseimbagan asid dan alkali dalam badan. Selain itu, jika sakit kepala menyerang boleh juga makan buah epal bersama garam dan pastikan minum air masak yang secukupnya.

  7.  Merendamkan Kaki dengan Air Panas
    Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas boleh membantu mengurangkan sakit kepala juga.
    Air panas dapat membantu menarik atau mengalirkan darah dari bahagian kepala hingga ke kaki. Dengan cara ini tekanan di kepala dapat dikurangkan. Lakukan selama beberapa minit untuk merasakan kelegaan dari sakit kepala yang dialami.
  8. Banyakkan Minum Air

    Air sangat membantu kepada badan pesakit migrain. Pastikan minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari untuk
    menghindari dari dehidrasi yang mengakibatkan sakit kepala berlaku. Air lemon juga sesuai untuk mengurangkan sakit kepala.



Ini adalah sedikit info tentang penyakit migrain dan cara mengatasinya . Semoga memberi manfaat kepada korang smua ye...terima kasih membaca !! 😉😉



HydroNano Life Spray adalah produk yang dihasilkan daripada trace mineral , induced energy dan  infrared  yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam rawatan. 

Dirumus khas untuk merawat pelbagai penyakit dan penyakit migrain. Diasaskan menggunakan teknologi nano yang berfungsi
➤Membantu meningkatkan metabolism dan sistem imun (tubuh badan),
➤Meningkatkan kandungan oksigen(air,tubuh badan,otak dan udara) 
➤Meneutralkan toksik(darah,asid,udara). Kesan keberkesanan produk ini dapat diserap    dengan lebih cepat . 


                          

Untuk sebarang pertanyaan boleh wasap saya di nombor di bawah ⬇⬇

                          

Pengedar Sah HydroNano Life Spray 
ASHIKIN

http://wasap.my/+60103400669

#KAWASAN COD : Sekitar Shah Alam
🚚Penghantaran Pos Citylink Seluruh Malaysia

TERIMA KASIH  😍😍😍

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Itu Penyakit Kencing Manis Penyakit kencing manis atau dalam istilah lainnya ialah Diabetes Mellitus . Penyakit kencing manis ini a...